Huawei Sahkan Penjualan Honor Kepada Zhixin New Information Technology

Honor kini bukan lagi sub-jenama kepada Huawei Consumer Business Group. Bagi memastikan sub-jenama itu terus bertahan dalam rantaian industri, Huawei telah menjualnya kepada Zhixin New Information Technology Co. Ltd.

Huawei jual Honor

Menerusi Pernyataan Bersama yang didedahkan, pemilik baharu jenama Honor adalah dari konsortium yang terdiri daripada lebih 30 agen dan pengedar jenama itu serta Shenzhen Smart City Development Group Co. Ltd.

Selepas penjualan itu, Huawei tidak lagi memegang mana-mana saham dalam syarikat baru Honor.

Reuters sebelum ini mendedahkan penjualan sub-jenama itu bernilai 100 bilion yuan atau sekitar RM62 bilion. Bagaimanapun, tiada perincian mengenai nilai perolehan jenama itu yang diumumkan.

Dalam pada itu, turut dinyatakan peralihan pemilikan jenama Honor tidak akan memberi kesan kepada pembangunan Honor atau kestabilan eksekutif dan pasukannya.

Sumber: 1, 2