Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei car

Huawei Perkenalkan Kenderaan Utiliti Sukan Di Auto Shanghai 2021

Diterbitkan April 26, 2021 oleh ariff bukhari

Pengeluar telefon popular dari China, Huawei telah memperlihatkan model kereta pertama mereka iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinamakan sebagai SF5.

Kenderaan pertama yang dibangunkan Huawei yang merupakan sebuah kenderaan hibrid diperkenalkan dalam Pameran Auto Shanghai 2021.

Pameran tersebut bermula dari 21 hingga 28 April 2021.

SF5 dibangunkan secara bersama oleh Huawei dengan sebuah lagi syarikat pemula kenderaan elektrik yang dimiliki China iaitu Seres yang berpangkalan di California.

SF5 dikuasakan oleh 2 motor elektrik dengan membolehkannya bergerak sejauh 180km, tetapi SUV itu juga dilengkapi dengan enjin petrol 1.5 liter yang berfungsi sebagai generator dalam SUV tersebut.

Sekaligus membolehkan SF5 mampu mencapai jarak sehingga 1000km.

Huawei mendakwa, SF5 dianggarkan mampu memecut dari 0 ke 100km/h hanya dalam masa 4.7 saat.

Selain itu, SF5 juga dilengkapi dengan sistem audio dari Huawei Sound serta teknologi pemanduan automatik.

Setakat ini tiada sebarang info bilakah SF5 akan dipasarkan serta adakah ia akan turut dipasarkan luar dari Negara China.

SF5 dijangkakan akan mula dipamer dan dijual di semua stor Huawei tidak lama lagi.

Sumber: Car Expert

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY