Huawei Perkenalkan Edisi Khas Mate 20 Pro & Nova 4 Di China

Beberapa hari yang lepas, pengeluar barangan teknologi gergasi China, Huawei telah mengumumkan bahawa mereka berjaya mencapai sasaran untuk membekalkan lebih 200 juta telefon pintar pada tahun ini.

Sehubungan dengan itu, mereka telah memperkenalkan satu edisi khas bagi dua model terbaharu mereka, Huawei Mate 20 Pro dan Nova 4.

Kapsyen: Weibo


Edisi khas bagi model Mate 20 Pro akan didatangkan dengan warna hijau zamrud atau Emerald Green dengan variasi memori 8GB RAM serta simpanan dalaman sebesar 256GB.

Sementara bagi Nova 4 pula, ia akan dibekalkan dengan warna merah(Secret Red) serta simpanan dalaman 128GB. Kedua-dua model ini bakal mempunyai logo istimewa "200 Million Huawei Mobile 2018" pada panel belakangnya.

Huawei dilaporkan akan mula menawarkan edisi khas ini di China pada 1 Januari nanti, namun tiada sebarang maklumat berkaitan harga yang telah dinyatakan.

Malangnya, dua model ini juga dijangka tidak akan ditawarkan bagi pasaran global.

 

Sumber: GizmoChina