Huawei Perkenal Watch GT 2 Dengan Bateri Yang Mampu Tahan Sehingga 2 Minggu

Turut berkongsi pentas pelancaran siri Mate 30 semalam adalah jam tangan pintar terbaru, Huawei Watch GT2. Penawaran kali ini hadir dengan rekaan bulat beserta bezel mengelilingi paparan yang lebih nipis berbanding keluaran terdahulu.



Mempunyai dua pilihan saiz iaitu 42mm dan 46mm, paparan Watch GT2 adalah dari jenis OLED 1.2 inci serta 1.39 inci yang mempunyai ciri Alwayas-On-Display.

Kapsyen: Watch GT2 42mm


Versi 42mm hadir dengan RAM 16MB  sementara model yang lebih besar tampil dengan RAM 32MB dan masing-masing mempunyai saiz storan 4GB. Mengoperasikan dari dalam adalah cip Kirin A1, penggunaan kuasa rendah dan sambungan Bluetooth lebih stabil sehingga jarak 150 meter daripada telefon pintar.

Kapsyen: Watch GT2 46mm


Bateri berkapasiti 215mAh akan menguasakan versi 42mm manakala 46mm dimuatkan dengan bateri 455mAh. Menurut Huawei, Watch GT 2 mampu berkuasa sehingga 14 hari penggunaan atau 30 jam dalam mod GPS.



Antara ciri yang dibawa pada kedua-dua peranti adalah Bluetooth 5.1, sensori degup jantung, GPS, gyroscope dan model 46mm diberi kelebihan dengan fungsi mikrofon serta pembesar suara. Fungsi penjejak kecergasan pada peranti ini menyokong sehingga 15 mod senaman dan turut berupaya mengesan kadar degup jantung pemakai didalam air.

Watch GT2 42mm bakal dijual pada harga €229 (~RM1058) dan sebuah lagi model iaitu 46mm diletakkan dengan nilai €249 (~RM1150).