Huawei Pelopori Bidang Baru, Mengambil Inspirasi Dari Syarikat Penerbangan

Syarikat gergasi dari China, Huawei telah mengumumkan penglibatan mereka dalam arena storan awan dan menyasarkan untuk menjadi antara 5 syarikat utama dalam bidang itu.

Kerjasama yang terjalin dengan Microsoft dan beberapa syarikat yang lain bakal membawakan teknologi penstoran awan ke dalam syarikat yang berpengkalan di Shenzen berkenaan.

Di acara sidang media Huawei Connect 2017 yang berlangsung pada Selasa lalu, CEO Huawei, Guo Ping menjelaskan bahawa idea untuk bergabung ini diinspirasikan daripada gabungan antara syarikat penerbangan besar seperti SkyTeam, Star Alliance dan One World.
"Agak sukar bagi satu atau dua syarikat untuk memenuhi permintaan perkhidmatan ruangan penyimpanan data. Disebabkan itu kami melihat kepada gabungan syarikat penerbangan (SkyTeam) dari negara-negara yang berbeza, mereka mampu menyediakan perkhidmatan secara berskala besar."

Selain daripada Microsoft, Huawei turut menjalin kerjasama dengan beberapa syarikat lain dan memberi saingan kepada Amazon Web, Google, IBM dan jika saingan di Tanah Besar seperti Alibaba dan Tencent.

Sumber: Financial Times