Huawei Pay Kini Boleh Digunakan Di Malaysia Mulai Hari Ini

Hari ini, Huawei Malaysia mengumumkan Huawei Pay sudah tiba di Malaysia. Ini bermakna, anda boleh mengaktifkan pembayaran NFC melalui telefon.

Fungsi ini berjaya dilakukan dengan kerjasama UnionPay dan Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) dimana ia turut terhad hanya pembayaran kad kredit UnionPay yang dikeluarkan ICBC.

Pembayaran tanpa tunai ini boleh diaktifkan menerusi aplikasi Huawei Wallet yang terdapat dalam kebanyakan peranti andalan Huawei. Ia juga menggunakan NFC dan cap jari anda.

Kapsyen: Telefon Huawei Yang Menyokong Huawei Pay


Selain itu, Huawei Pay tidak menggunakan nombor bank dalam pembayaran sebaliknya guna token khusus yang disimpan dalam telefon bagi fungsi keselamatan dan mengelakkan aktiviti berbahaya.

Tambahan lagi, segala butiran bank milik pengguna juga tidak akan disimpan sama ada dalam telefon, pelayan Huawei Pay mahupun pekedai.

Huawei Pay boleh digunakan di lebih 20 juta terminal di seluruh dunia (51 negara) termasuk China, Singapura, Pakistan dan juga Rusia.

Kapsyen: Kedai Yang Menerima Huawei Pay


Namun, pembayaran tanpa tunai ini hanya boleh digunakan di terminal pembayaran yang menyokong UnionPay QuickPass dimana anda tidak boleh lakukan pembayaran yang menerima Visa atau Mastercard.

Bersempena pelancarannya yang pertama, bermula 12 Disember 2020 hingga 12 Mac 2021, pemilik kad kredit ICBC UnionPay yang mendaftar kad mereka untuk Huawei Pay akan menerima cashback bagi setiap transaksi (minimum RM20).