HUAWEI Pamerkan Pencapaian Dengan Rakan Tempatannya Semasa HDC 2020

Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei baru-baru ini telah mengadakan acara tahunan HUAWEI Developer Conference (HDC) yang bertemakan "HDC · Together" pada 10 hingga 12 September 2020 di Songshan Lake, Dongguan.



Dalam acara tersebut, Huawei mengumumkan peningkatan teknikal dan kemajuan pembangunan ekosistem HUAWEI Mobile Service (HMS).

Selain itu, lima rakan aplikasi dari Asia Pasifik (APAC) turut dijemput untuk menyampaikan pencapaian mereka bersama Huawei ke arah "Seamless AI Life". Terdapat empat perkara penting semasa acara ini berlangsung.

Pemasaran bersama untuk menggalakkan pertumbuhan aplikasi


Dalam mengembangkan ekosistem, HMS telah menyokong rakan kongsi dengan menyesuaikan pemasaran bersama kempen berdasarkan titik jualan unik dan pilihan pengguna tempatan.

HMS telah berkolaborasi dengan aplikasi siaran langsung, Kumu untuk melancarkan kempen "Hari ibu" pada bulan Mei. Mekanik tersebut mendorong penonton untuk membeli produk Huawei secara maya seperti Huawei P40 dan jam tangan pintar.

Aplikasi Kumu mencatat peningkatan pengguna berbayar sebanyak 220% sepanjang 2 minggu kempen itu berlangsung di Filipina.

Pengalaman integrasi HMS yang mudah dan sederhana


Awal tahun ini, HUAWEI telah menubuhkan pasukan teknikal di pasaran utama APAC untuk membantu pembangun aplikasi dalam proses integrasi aplikasi HMS. Di Thailand, Wongnai dan LINE MAN telah bergabung dengan kit Core HMS untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem HUAWEI.

Wongnai dan Line Man menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat melalui HMS seperti HMS Map Kit, Location Kit dan Site Kit yang memudahkan pengguna.

Penyelesaian hibrid, pelbagai platform


HMS juga menyediakan pengedaran hibrid pelbagai platform di seluruh ekosistem untuk rakan-rakannya menjangkau kumpulan pengguna yang lebih besar.

Star Media Group (SMG), kumpulan media yang mempunyai banyak saluran yang berpusat di Malaysia menggunakannya termasuk The Star, Star ePaper, Star Property, Kuali, 988 dan Dimsum Entertainment melalui HUAWEI AppGallery pada bulan Oktober 2019.

Selain itu, SMG juga telah berhubung dengan kemampuan 'HUAWEI Ability Gallery' (HAG) untuk menyediakan perkhidmatan kandungannya melalui Huawei Video dan HUAWEI Assistant∙TODAY.

Tambahan lagi, SMG baru sahaja melaksanakan HUAWEI Ad kit ke dalam aplikasi mereka untuk tujuan pengewangan trafik dalam aplikasi.

Future Outlook pada iklan HUAWEI


Iklan HUAWEI membolehkan pembangun aplikasi mengewangkan trafik dalam aplikasi dengan meletakkan iklan di aplikasinya dan memberikan pengiklan memanfaatkan pangkalan data pengguna HUAWEI.

Selain itu, HUAWEI telah aktif bekerjasama dengan kumpulan pengiklanan GroupM untuk mempelopori perkhidmatan iklan HUAWEI untuk menerajuinya di pasaran Malaysia.