Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI P50 Pocket Pre-order-min

Huawei P50 Pocket Sudah Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia Bermula RM5,999

Diterbitkan Januari 26, 2022 oleh Meor Hasyim

Untuk peminat telefon lipat Huawei di Malaysia, Huawei P50 Pocket kini sudah mula dibuat pra-tempahan pada harga bermula RM5,999.

2 versi yang boleh dipilih adalah varian putih berharga RM5,999 dengan 8GB RAM dan 256GB storan manakala Premium Edition berharga RM7,299 dengan 12GB RAM dan 512GB storan.

Untuk perbezaan antara kedua-dua varian, Premium Edition datang dengan kemasan emas lebih cantik serta memori lebih besar.

Dari segi spesifikasi, Huawei P50 Pocket dijana cip Snapdragon 888 4G, kamera 40MP+13MP+32MP+10.7MP (swafoto), paparan OLED 120Hz, dan mempunyai skrin OLED kedua pada bahagian belakang bersaiz 1.04 inci.

Huawei P50 Pocket Sudah Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia Bermula RM5,999

Huawei P50 Pocket juga direka menyerupai persis model Huawei P50 Pro yakni telah pun dijual terlebih dahulu sebelum ini.

Pra-tempahan untuk kedua-dua jenis versi P50 Pocket sudah pun dibuka sejak 22 Januari lalu sehingga hari terakhir 13 Februari 2022.

Untuk setiap pra-tempahan, pembeli akan menerima hadiah menarik bernilai sehingga RM2,700.

Jika berminat, pra-tempahan boleh dibuat di laman rasmi Huawei Malaysia, Huawei Experience Store, serta pengedar sah lain.

Pembelian secara fizikal pula boleh dilakukan bermula 22 Februari 2022 nanti.

Sumber: Siaran Akhbar Huawei Malaysia

Baca juga:

  • Xiaomi Failkan Tanda Dagang Logo Baharu, Bernilai ~RM1.3 Juta
  • Anda Dah Boleh Letak ‘Watermark’ Di Google Docs, Begini Caranya
  • Kad Touch ‘n Go Dengan NFC Akan Diperkenalkan Untuk Mudahkan Tambah Nilai

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY