Huawei P40 Pro+ Akan Dijual Secara Rasmi 26 Jun Ini, Ditawarkan Berharga RM4,999

Huawei kini mengumumkan ahli baru dalam keluarga Huawei P40 iaitu P40 Pro+. Akan mula dijual pada 26 Jun ini, ia diletakkan pada harga RM4,999 untuk pasaran tempatan.

Menguasakan Huawei P40 Pro+ adalah Kirin 990 5G dengan 8GB RAM dan 512GB storan. Ia dilengkapi dengan paparan skrin OLED bersaiz 6.58 inci dengan nisbah 19.8:9 serta kadar segar semula 90Hz.



Turut memuatkan peranti ini adalah 5 lensa kamera dengan 40MP sudut lebar lensa Cine, 50MP utama OIS, 8MP SuperZoom dengan 10x zoom optikal,  8MP telefoto 3x zoom optikal serta sensor ToF untuk depth.



Kapasiti bateri yang ditawarkan sama seperti Huawei P40 Pro iaitu 4,200mAh serta menyokong pengecasan pantas 40W dan juga tanpa wayar 40W.  Ia turut mempunyai sokongan pengiktirafan kalis air dan habuk IP68. Hanya terdapat satu varian warna sahaja yang ditawarkan iaitu White Ceramic. 

Setiap pembelian terawal Huawei P40 Pro+ akan menerima barangan percuma bernilai RM1,300. Antaranya termasuk sepasang Huawei Freebuds 3, satu unit Huawei SuperCharge Wireless Charger Stand, akses percuma sehingga 3 bulan bagi Huawei Video VIP dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai Huawei P40 Pro+, layari laman sesawang Huawei.

Beli Huawei P40 Pro+ di:

Lazada (https://invol.co/clpeuu)