Huawei P30 Pro Sah Akan Hadir Dengan Kamera Periskop "Superzoom"

Siri Huawei P memang dikenali dengan penawaran kamera berkualiti tinggi yang dimilikinya. Siri P30 kali ini juga tidak terkecuali.

Ini kerana Huawei P30 Pro telah disahkan oleh Clement Wong(Naib Presiden Pemasaran Produk Global Huawei) akan hadir dengan kamera jenis periskop yang menyokong fungsi "superzoom".

Kapsyen: Imej yang dikatakan rekaan sebenar P30 Pro. (Kredit: Slashleaks)


Walaubagaimanapun, beliau menolak untuk memberi sebarang komen mengenai laporan menyatakan ia(superzoom) adalah 10x pengzooman optikal.

Wong hanya memberitahu bahawa kamera Huawei P30 Pro itu mampu melakukan "perkara yang tidak pernah dilakukan sesiapa sebelum ini".

Sebelum ini, CEO Huawei, Richard Yu pernah berkongsikan satu gambar yang memaparkan imej bulan yang dipercayai diambil menggunakan Huawei P30 Pro.

Kapsyen: Weibo/ Richard Yu


Pada acara MWC 2019 yang lepas, pihak OPPO juga telah memperkenalkan teknologi 10x pengzooman optikal dengan sistem periskop yang sama.

Namun, menurut kepada komen yang diberikan oleh Clement Wong, mereka mungkin membawa sedikit kelainan pada sistem kamera P30 Pro itu nanti.

Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa kamera Huawei P30 juga akan mempunyai fungsi malam yang lebih baik dan bukan hanya bergantung kepada perisian sahaja.

 

Sumber: The Verge