Huawei Malaysia akan membuat jualan promosi kilat bersempena Hari Valentine tidak lama lagi. Promosi ini berlangsung bermula dari 12 Februari sehingga 14 Februari ini.

Terdapat beberapa peranti yang dijual tetapi yang paling menarik adalah Huawei P30 Pro yang dijual dalam unit terhad pada harga RM2.14. Selain itu, terdapat juga peranti lain seperti Nova 5T, Mate 30, dan juga MediaPad M3 Lite.

Untuk senarai penuh produk yang akan dijual:

12 Februari

IKLAN
  • Huawei Nova 5T (8GB+128GB) RM2.14, (2 unit)

13 Februari

  • Huawei P30 Pro (8GB+512GB) RM2.14, (2 unit) 

14 Februari

  • Huawei AP09S 1000 mAh SuperCharge Powerbank RM2.14, (50 unit)
  • Huawei Mate 30 (8GB+128GB) RM 2.14, (2 unit)
  • Huawei AH100 Body Fat Scale RM92.14, (137 unit)
  • Huawei MediaPad M3 Lite (3GB+32GB) RM 2.14, (2 unit)

Promosi dan jualan ini adalah terhad pada atas talian sahaja. Jadi anda harus bertindak pantas untuk menyambar peranti yang dimahukan pada masa yang ditetapkan. Untuk mengetahui produk yang dijual dengan lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi Huawei Malaysia.

Sumber: Huawei Malaysia