Huawei P30, P30 Pro Dan Nova 3i Diberikan Harga Jualan Baru

Khabar berita gembira melibatkan Huawei ibarat tidak berpenghujung dimana sebelum ini syarikat sekatan perdagangan dari kerajaan Amerika Syarikat telah ditarik balik.  Kini menyusul adalah pengumuman tentang harga jualan baru melibatkan siri P30 dan Nova 3i.

Diperkenalkan pada harga RM2699 dan RM3799 untuk versi Pro, P30 kini menerima penurunan harga sebanyak RM400. Ia menjadikan harga jualan terbaru adalah RM2299 untuk bagi P30 dan RM 3399 bagi P30 Pro.

Untuk makluman, P30 Pro yang mendapat potongan hanyalah untuk variasi 8GB+256GB sahaja, sementara 8GB+512GB masih kekal pada harga RM4399.



Sebuah lagi model yang mendapat potongan harga adalah Huawei Nova 3i yang kini dijual hanya pada tanda harga RM799. (8GB+128GB). Ketika dilancarkan sekitar Julai tahun lalu, Nova 3i diletakkan pada nilai RM1249 dan dalam tempoh hampir setahun ini, ia sudah menerima beberapa kali kemaskini dimana kali terakhir ia berharga RM899.

Selain itu, Huawei turut menyatakan, mana-mana pembeli peranti Huawei terpilih akan menikmati waranti selama 2 tahun yang boleh ditebus menerusi aplikasi HiCare.

Difahamkan, waranti tambahan ini meliputi peranti yang dibeli pada 1 Julai 2019 sehingga 30 September 2019 dan ia hanya dikhaskan untuk model seperti siri P30, siri Mate 20, siri Nova 4, Nova 3i, MediaPad M5 dan M5 Pro.

Untuk maklumat lanjut mengenai semua penawaran dari Huawei, boleh kunjungi Huawei Online Store.