Huawei P30 Didakwa Bakal Mempunyai Kamera Setaraf Mate 20 Pro

Sejak Huawei P20 Pro hadir dengan tetapan tiga lensa pada kamera utama pada tahun ini, beberapa pengeluar lain turut telah menghasilkan peranti dengan ciri sama selepas itu.

Tambahan pula, tetapan itu turut telah ditawarkan pada peranti bukan premium seperti Samsung Galaxy A9. Kini, Huawei pula dikhabarkan bakal membawa kamera yang setaraf dengan P20 Pro dan Mate 20 Pro pada keluaran Huawei P30 kelak.

Selain daripada lensa utama 40MP, ia juga dilaporkan akan menyokong 5X penzooman optikal yang tidak akan mengurangkan kualiti gambar.

Kapsyen: Techwarf


Mengambil kira kualiti zoom yang dimiliki P20 Pro, pemerhati dilihat yakin Huawei akan terus memimpin carta fotografi telefon pintar pada tahun hadapan melalui peranti ini.

Ketika ini, Huawei Mate 20 Pro dilaporkan mempunyai skor tertinggi di laman DxoMark walaupun tiada pengumuman rasmi mengenainya. Sebelum ini, P20 Pro telah mengungguli carta berkenaan sejak ia dilancarkan.

Huawei juga dikatakan tidak akan menggunakan lensa monokrom pada model P30 mereka nanti. Sebaliknya, lensa itu akan digantikan dengan lensa sudut luas.

Maklumat ini telah didedahkan oleh pentiris terkemuka, Evan Blass. Namun setakat ini, tiada perkembangan mengenai model P30 Pro yang telah dinyatakan.

 

Sumber: Phone Arena