Huawei P30 Dan P30 Pro Bakal Dilancarkan Untuk Pasaran Tempatan 2 April Ini

Siri Huawei P30 terbaru sudahpun selesai dilancarkan semalam dengan menghadirkan kelengkapan kamera yang mengujakan peminat.



Untuk pasaran tempatan pula, acara pengenalan rasmi dijadualkan pada 2 April ini namun harga jualannya masih menjadi tanda tanya.

Seperti yang telah dimaklumkan semalam, Huawei bakal mengadakan roadshow di 11 lokasi berasingan bagi memberi peluang kepada peminat untuk mendapatkan model-model ini.



Spesifikasi ringkas Huawei P30 dan P30 Pro adalah seperti berikut:

Huawei P30

  • Skrin paparan OLED 6.1 inci, 19.5:9

  • Kirin 980

  • RAM 6GB

  • Storan 128GB dengan sokongan NanoSD sehingga 256GB

  • Pengimbas cap jari optikal dalam skrin

  • Tiga kamera belakang: 40MP (f/1.8) + 16MP Ultra Wide (f/2.2) + 8MP telefoto

  • Kamera hadapan 32MP

  • Bateri 3650mAh dengan pengecasan pantas 25W

  • Pensijilan IP53

  • EMUI 9.1 berasaskan Android Pie


Huawei P30 Pro

  • Skrin paparan OLED 6.47 inci, 19.5:9

  • Kirin 980

  • RAM 8GB

  • Storan: 128GB, 256GB dan 512GB dengan sokongan NanoSD sehingga 256GB

  • Pengimbas cap jari optikal dalam skrin

  • Empat kamera belakang: 40MP (f/1.8), OIS + 20MP f/2.2) ultra wide + 8MP (f/3.4) telefoto + sensor 3D ToF

  • Kamera hadapan 32MP

  • Bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 40W, pengecasan tanpa wayar dan pengecasan berbalik 15W

  • Pensijilan IP68

  • IP68

  • EMUI 9.1 berasaskan Android Pie