Huawei P20 Pro Mungkin Bakal Hilang Status Sebagai Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik

Huawei P20 Pro telah mencetus fenomena baru dalam industri telefon pintar apabila hadir dengan kamera utama tiga lensa. Ia sekaligus menjadikannya peranti yang menerima pengiktirafan sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik.

Bagaimanapun, P20 Pro berkemungkinan besar akan kehilangan status berkenaan tidak lama lagi. Peranti yang bakal mengambil alih, tidak lain dan tidak bukan, "saudara" mereka, Mate 20 Pro.

Kredit : Weibo


Ia dijangka berlaku selepas keputusan ujian DxOMark  yang melibatkan beberapa peranti baru juga yang masih belum dilancarkan telah tertiris di laman Weibo, sebelum dikesan oleh pihak TechRadar.

Selain itu, model baru iPhone, Xs Max dan Xs pula dilihat masih gagal menyaingi kualiti kamera yang ada pada Huawei P20 Pro.

Kredit : CNET


Malah peranti seperti Google Pixel 3, Mate 20 dan Xperia XZ2 Premium juga dikatakan berjaya mengatasi peranti premium dari Apple berkenaan.

Bagaimanapun, pendedahan yang dibuat ini masih belum dapat dipastikan kesahihannya. Kita perlu menunggu sedikit masa lagi untuk menantikan pelancaran beberapa peranti dalam senarai tersebut untuk mengetahui keputusan rasminya.

 

Sumber