Huawei P20 Pro & Honor 10 Antara 9 Model Huawei Yang Bakal Terima Android Pie Bermula Minggu Ini

Pengeluar terkemuka dari China, Huawei telah mengesahkan bahawa mereka akan membawa kemaskini Android 9.0 Pie kepada 9 lagi peranti mereka secara berperingkat bermula 10 November(Sabtu) ini. Antara peranti yang terlibat ialah Huawei P20 Pro dan Honor 10.

Kapsyen: Kredit: Huawei Weibo


Senarai penuh bagi peranti yang terpilih ialah seperti berikut :

  • Huawei Mate 10

  • Huawei Mate 10 Pro

  • Huawei Mate 10 Porsche Design

  • Huawei Mate RS Porsche Design

  • Huawei P20

  • Huawei P20 Pro

  • Honor 10

  • Honor View 10

  • Honor Play


Ia sekaligus akan turut membolehkan peranti-peranti di atas turut menerima EMUI 9.0 berasaskan Android Pie. Melalui kemaskini tersebut, pemilik peranti akan dapat menikmati GPU Turbo 2.0 yang juga menjanjikan prestasi yang lebih baik dan lancar bagi peranti.

Sebelum ini, siri Huawei Mate 20(Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 X) telah menjadi model terawal daripada Huawei yang menggunakan Android Pie. Perkara ini adalah sesuatu yang baik buat Huawei kerana sebelum ini mereka agak lewat menerima satu kemaskini sistem operasi baru apabila ia dilancarkan.

 

Sumber: Weibo