Huawei P20 Pro Antara 3 Model Terbaru Huawei Yang Mula Terima EMUI 9 Di Peringkat Global

Beberapa hari yang lepas, Honor Malaysia telah mengumumkan bahawa tiga model mereka Honor View 10, Honor 1o dan Honor Play akan menerima kemaskini EMUI 9 dalam masa terdekat.

Baru-baru ini, syarikat induknya Huawei pula mengesahkan bahawa tiga model mereka, P20 Pro, P20 dan Mate 10 bakal menikmati kemaskini yang sama di peringkat global.



EMUI 9 hadir dengan beberapa fungsi menarik antaranya Digital Balance, GPU Turbo 2.0 serta sistem navigasi baharu. Antara peranti Huawei yang telah menggunakan sistem ini ialah ketiga-tiga model dalam siri Mate 20.

Bagaimanapun, buat masa ini ia hanya tersedia buat pengguna di Eropah sahaja. Pengguna di pasaran Malaysia mungkin akan menerima kemaskini ini dalam beberapa minggu mendatang.
Kemaskini: Sejumlah pemilik Huawei P20 di Malaysia telah mula menerima kemaskini EMUI 9 ketika ini

 

Sumber: Wccftech