Huawei P20 Lite Rasmi Di China Sebagai Nova 3e

Mungkin sudah tidak sabar-sabar untuk membuat kemunculan, model "adik" dalam siri P20 kini sudah rasmi di pasaran China dengan menggunapakai nama Nova 3e.

Nova 3e atau P20 Lite diperkenalkan dengan layar paparan IPS 5.84 inci 1080p diiringi rekaan takuk yang menempatkan lensa kamera hadapan.



Dibahagian pemprosesan pula, cip Kirin 659 digunakan  disertakan bersama dengan GPU Mali-T830 MP3 dan RAM 4GB.

Antara ciri yang bakal dipertaruhkan Huawei pada model ini adalah pengalaman kamera yang menawarkan dwi kamera utama menerusi sensor 16MP+2MP. Bahagian hadapan pula menggunakan kamera 24MP dengan nilai aperture f/2.0.



Bagi fungsi nyahkunci skrin, sistem pengimbas cap jari diletakkan dibahagian belakang dan P20 Lite ini akan dijana dengan bateri 3000mAh bersama sokongan pengecasan pantas.

Pilihan warna yang disediakan adalah Hitam, Biru, Emas, dan Ros Emas dan mempunyai dua versi storan, 64GB CNY 1,999  (~RM1236.37) dan 128GB pada harga CNY2199 (~RM1360.07).

Dua lagi model dalam siri P20 akan dilancar pada minggu hadapan.

Sumber: Weibo