Huawei P11 Mungkin Dilengkapi Dengan 3 Kamera 40MP Dibahagian Belakang, 24MP Kamera Selfie

Pada masa kini tetapan dwi kamera ibarat fungsi wajib pada telefon pintar terutama sekali model flagship. Pertama kali dibawa ke pasaran oleh model LG Optimus 3D dan HTC Evo 3D pada tahun 2011, teknologi dwi kamera semakin dipertingkatkan prestasinya dari tahun ke tahun.

Terkini, telefon pintar P11 oleh Huawei , dipercayai akan dilengkapi bukan sahaja dua lensa kamera tetapi tiga lensa kamera utama dibahagian belakang. Dengan kehadiran tiga lensa itu, ia berupaya menghasilkan gambar pada resolusi 40MP dan 5 kali "zoom hybrid".



Huawei juga tidak melupakan kamera selfie dimana dibahagian hadapan akan diletakkan lensa 24MP dengan penambahbaikan tangkapan gambar ketika pencahayaan rendah.

Lensa baru dari Leica dikatakan mampu mengambil gambar dengan 100% lebih cahaya dan bagi Pro Night Mode, ia akan memastikan pengguna mampu menghasilkan pemandangan waktu malam yang cantik tanpa bantuan tripod.

Aplikasi kamera juga mungkin akan dibantu dengan teknologi kecerdasan buatan atau AI.

Sumber: Twitter Evan Blass