Huawei P10 Warna Hijau Dan Biru Mula Ditawarkan 5 Mei Ini

Sudah hampir sebulan Huawei P10 berada dalam pasaran Malaysia, dan untuk permulaan ia hanya ditawarkan dengan 2 variasi warna iaitu Prestige Gold dan juga Graphite Black.

Kini pilihan warna sudah bertambah dimana Huawei Malaysia membawakan dua warna baru yang sangat menawan (Pantone colour); Greenery (Hijau) dan Dazzling Blue (Biru).

Huawei-P10-18

huawei-p10-hands-on-8-1024x683

Warna baru ini pastinya menarik perhatian golongan muda kerana jarang-jarang pengeluar telefon mengeluarkan warna-warna sedemikian.

Spesifikasi lain masih sama dan hanya warna yang ditawarkan sahaja berlainan.

Buat anda yang ingin mengetahui spesifikasi Huawei P10 berikut adalah ciri-cirinya:

  • Skrin paparan IPS 1080p

  • Pemproses Kirin 960

  • RAM 4GB

  • Storan dalaman 64GB

  • Bateri 3200mAh

  • Pengimbas cap jari di bahagian hadapan

  • Sistem Dwi kamera dari Leica (20MP belakang, 8MP hadapan)


Kedua-dua model ini akan mula dipasarkan di Malaysia bermula 5 Mei hadapan pada harga RM2499.

Sumber: Lowyat.net