Huawei P10 dan Huawei Watch 2 Bakal Dilancarkan di MWC 2017

Huawei mengesahkan bahawa P10 Huawei akan dilancarkan pada Mobile World Congress 2017 (MWC 2017) 26 Februari ini. Ketua Eksekutif Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu turut mengesahkan bahawa Huawei Watch 2 juga akan diumumkan pada acara tersebut di Barcelona.

Huawei juga telah memuat naik satu video teaser dengan slogan 'Change the way the world sees you'. Jika dilihat melalui video teaser ini menunjukkan bahawa P10 Huawei hadir dengan dwi-kamera dan akan tampil dengan beberapa pilihan warna seperti emas, hijau dan biru.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=hmSZZToug7w[/embed]

Huawei P10 juga dikhabarkan akan hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar, skrin lengkung di kedua-dua sisi, dan sensor cap jari di butang utama. Antara spesifikasi tertiris yang lain termasuklah paparan 5.2-inci dengan resolusi QHD dan cip pemproses Kirin 960 dengan 8 teras bersama unit GPU Mali G71.

Ia juga hadir dengan pilihan RAM 4GB /storan 64GB dan RAM 6GB /storan 128GB. Huawei P10 juga akan dimuatkan dengan kapasiti bateri 3100mAh. Dari segi kamera pula, peranti ini bakal memiliki dua sensor iaitu 20-Megapixel dan 12-Megapixel di bahagian belakang. Di bahagian hadapan pula, terdapat kamera 8-Megapixel.

Huawei-P10

Terdapat juga laporan mengatakan variasi P10 Huawei Plus bakal diperkenalkan tetapi ianya masih tidak jelas sama ada telefon versi skrin besar Huawei P10 akan mempunyai RAM sebesar 8GB atau tidak- seperti Asus ZenFone AR diperkenalkan bulan lepas.

Menurut Richard Yu lagi, Huawei Watch 2 juga akan diperkenalkan di MWC 2017. Huawei sebenarnya mahu melancarkan sebuah jam pintar pada tahun tahun lepas namun ianya terpaksa dibatalkan kerana kelewatan sistem operasi Android Wear 2.0 yang baru sahaja dilancarkan minggu lepas. Huawei Watch 2 disebut-sebut akan dibina dengan slot kad SIM untuk sokongan membuat panggilan terus melalui jam.

Sumber