Walaupun dibelenggu dengan isu membabitkan penggunaan servis daripada Google, ia tidak menghalang gergasi pengeluar peranti ini daripada memuatkan sejumlah ciri menarik pada siri Mate 30.
Masih belum diketahui tentang penawaran global, siri Mate 30 sudahpun mula dipasarkan di China sejak 26 September yang lalu dan ia mendapat sambutan hangat pengguna di sana. Mengumumkan perkara itu, Huawei menyatakan keluaran terbaru mereka ini sudah berjaya terjual 1 juta unit dalam masa 3 jam.
Ini mungkin tidak menghairankan kerana rata-rata dari kita sudah sedia maklum Huawei cukup popular di negara asalnya. Ia juga merupakan satu-satunya jenama yang memperoleh peningkatan dalam jualan pada tahun lalu ketika mana pengeluar lain mengalami penurunan.
Untuk pasaran Malaysia, siri Huawei Mate 30 bakal dilancarkan esok bersamaan 3 Oktober 2019.
Sumber: Forbes
Berkaitan
- Penjual Tempatan Khabarkan Mi 9T Pro Bakal Tiba Tidak Lama Lagi
- Asus Pegasus 4S Diperkenalkan - Skrin Paparan 18:9 Dan Bateri 4030mAh
- DJI Mavic Mini Terbang Masuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM1599 Dan RM1999
- HSBC Perkenal “Selfie” Untuk Proses Pengesahan Akaun Yang Baru
- Vivo V15 Pro - Beli Satu Percuma Satu Melalui Pelan MaxisOne
- Redmi K30 Ultra Dilancarkan - Dijana MediaTek Dimensity 1000+ Dan Paparan 120Hz
- Apple Kemaskini Harga Jualan IPhone Di Pasaran Malaysia.
- Realme 3 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia 14 Mei Depan
- Fungsi Whatsapp "Status" Sudah Hadir Di Malaysia
- Cara Pasang GCam Pada Asus Zenfone Max Pro M2