Huawei nova Y90 Dengan Pengecasan 40W Dijual Pada Harga RM999

HUAWEI nova Y90 akan dipasarkan untuk pengguna di Malaysia dengan harga RM999 bermula esok, 15 Julai 2022.

Ia hadir dengan skrin LCD sebesar 6.7 inci beresolusi FHD+.

Untuk prestasi, telefon ini ditetapkan dengan pemproses Snapdragon 680 dan Adreno 610 bersama EMUI 12.



Ia dibekalkan dengan RAM 8GB dan storan setinggi 128GB dan hanya satu varian tersedia.

3 kamera di belakang ialah 50MP utama, 2MP makro dan 2MP untuk bokeh. Kamera swafoto pula 8MP.



Baterinya pula 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 80W SuperCharge.

Dari segi rangkaian, ia hanya menyokong sehingga 4G dan Wi-Fi 802.11a/b/g/n/ac.

Hadir dalam 3 pilihan warna iaitu biru, hijau dan hitam.



Usah risau, pengguna masih dapat pengecas dalam kotak selain case, filem pelindung dan kabel USB-C.

Untuk spesifikasi terperinci, anda boleh ke laman web HUAWEI.
Beli di sini:

Lazadahttps://invol.co/clc6v31

Shopeehttps://invle.co/clc6v3j

Sumber: Siaran akhbar Huawei