Huawei Nova 7 Mula Dijual Di Malaysia 7 Julai Ini, Berharga RM1999

Siri Nova 7 pertama kali dilancarkan di China pada April yang lalu. Dibarisi tiga model iaitu Huawei Nova 7, Huawei Nova 7 Pro dan Huawei Nova 7 SE. Antara ketiga-tiga model ini, versi SE sedia dilancarkan di Malaysia pertengahan Jun yang lalu pada harga RM1499.

Kini mengambil giliran adalah Huawei Nova 7 pula dengan pra-tempahan akan dilangsungkan pada 7 Julai depan. Bakal dijual pada tanda harga RM1999, untuk tarikh yang disebutkan diatas, para pembeli akan menikmati ganjaran menarik seperti hadiah bernilai sehingga RM1315.



Ia terdiri daripada pembesar suara mini, sarung pelindung, Huawei Video, storan Cloud 15GB (sah 12 bulan) dan ganjaran ahli sehingga RM1000. Selain itu belian secara pra-tempahan itu juga akan menerima Huawei SuperCharge Powerbank 10,000mAh yang berharga RM259 secara percuma.



Imbas kembali spesifikasi, Huawei Nova 7 tampil dengan skrin OLED 6.53 inci, FHD+, kamera selfie 32MP, kamera belakang 64MP kamera utama, 8MP ultra lebar+8MP telefoto dan 2MP makro.

Ia dikuasakan dengan cip pemproses Kirin 985 bergandingan memori RAM 8GB serta 128GB atau 256GB storan. Janaan kuasa pula diperoleh dari bateri 4000mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W.