Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Nova 6 5G Bakal Menjadi Model Pertama Siri Nova Dengan Rangkaian 5G

Huawei Nova 6 5G Bakal Menjadi Model Pertama Siri Nova Dengan Rangkaian 5G

Diterbitkan November 6, 2019 oleh Meor Hasyim

Huawei Nova 5Z yang dilancarkan akhir bulan lalu mungkin menjadi model penutup kepada siri Nova 5. Untuk generasi seterusnya, Huawei kini sedang menyiapkan barisan model dalam siri Nova 6. Untuk itu, model pertama yang mula kelihatan di internet adalah Huawei Nova 6 5G.

Melihat kepada penamaan, peranti semestinya akan menggunakan rangkaian 5G, di mana ia adalah yang pertama buat siri Nova. Setakat ini, belum ada spesifikasi yang disertakan dengan imej. Namun, kita masih boleh mengetahui beberapa maklumat mengenai peranti ini.

Huawei Nova 6 5G Bakal Menjadi Model Pertama Siri Nova Dengan Rangkaian 5G
Imej: 91Mobiles
Huawei Nova 6 5G Bakal Menjadi Model Pertama Siri Nova Dengan Rangkaian 5G
Imej: @evleaks

Melihat kepada skrin hadapan, peranti bakal dilengkapi dengan rekaan kamera punch hole dengan 2 kamera berbentuk pil seperti Galaxy S10+. Beralih kepada bahagian belakang, terdapat susunan 3 kamera menegak bersebelahan sebuah model yang mana ia sama ada kamera TOF ataupun laser autofokus. Tiada modul pengimbas cap jari di bahagian belakang. Namun, berkemungkinan ia diletakkan di bahagian tepi berdasarkan ‘butang’ yang dilihat pada sisi peranti. Setakat ini, itu sahaja spesifikasi yang boleh diperoleh melalui imej yang kelihatan untuk peranti ini.

Terdapat juga gambaran peranti Nova 6 dengan versi 4G biasa berserta tarikh pelancaran. Seiring dengan Nova 6 5G, Nova 6 4G ini juga bakal menggunakan rekaan kamera pil yang sama. Peranti ini juga bakal hadir dengan 3 pilihan warna hitam, biru, dan ungu. Mengikut sumber, tarikh yang terpapar pada bahagian skrin menunjukkan indikasi bahawa peranti ini bakal dilancarkan pada 12 Disember ini.

Huawei Nova 6 5G Bakal Menjadi Model Pertama Siri Nova Dengan Rangkaian 5G
Imej: Android Headlines

Tidak banyak maklumat yang boleh diperoleh dengan hanya sekadar gambar. Tetapi seperti kebiasaan, spesifikasi peranti ini akan mula didedahkan dengan lebih banyak lagi menjelang tarikh pelancaran.

Sumber: Android Headlines, xda-developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY