Huawei Nova 5T Kini Ditawarkan Pilihan Warna Crush Green

Huawei Nova 5T kini berharga RM1,399.00.


Telefon pintar Huawei Nova 5T telah pun diperkenalkan secara rasminya pada lewat bulan Ogos tahun lalu. Ketika kemunculan awalnya, telefon pintar itu hanya ditawarkan dalam 3 pilihan warna sahaja iaitu Midsummer Purple, Crush Blue dan Black.

Tetapi kini Huawei menawarkan Nova 5T dalam satu lagi warna menarik terbaru iaitu warna Crush Green.

Nova 5T didatangkan dengan sistem antaramuka EMUI 9.1 yang berasaskan Android 9 serta dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3750mAh yang menyokong ciri pengecasan pantas SuperCharge 22.5W.

Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Kirin 980 Octa-Core, memori RAM 8GB serta ruang storan berkapasiti 128GB. Ia juga dilengkapi dengan kamera swafoto 32MP serta 4 kamera belakang 48MP+16MP+2MP+2MP.

Pada awal kehadirannya, Nova 5T dijual pada harga RM1,599.00. Tetapi kini ia dijual pada harga RM1,399.00 sahaja. Malah, pembelian secara atas talian menerusi laman rasmi Huawei Malaysia turut memberikan model jam pintar HUAWEI Band 4 jika mereka membeli Nova 5T yang berwana Crush Green.

Berkaitan