Kini, ahli kelima siri terbabit bakal dilancarkan tidak lama lagi menerusi yang akan dikenali dengan nama Nova 5T. Pengenalan peranti ini akan dibuat di Malaysia pada acara KFLW 2019 yang mana ia merupakan kerjasama kali kedua antara platform pertunjukkan fesyen itu bersama siri Nova dari Huawei.
Spesifikasinya belum lagi didedahkan tetapi Google dilaporkan telah memuat naik sedikit maklumat berkenaan peranti secara tidak sengaja pada laman Android Enterprise mereka tempoh hari.
Melalui pendedahan itu, Nova 5T dilihat bakal menawarkan skrin paparan 5.5 inci dengan rekaan "lubang" pada skrin untuk kamera hadapan, RAM 8GB dengan pilihan antara 128GB ke 256GB.
Pengimbas cap jari akan berada pada sisi kanan peranti berdekatan dengan pelaras kelantangan bunyi. Untuk maklumat lengkap beserta harga, sama-sama kita nantikan acara pelancaran global yang hanya berbaki 3 hari sahaja lagi.
Berkaitan
- Black Shark 3 Kini Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM2799
- Mi Band 4 Rasmi Diperkenalkan Di Malaysia Pada Harga RM 149
- Huawei Jelaskan Tentang Penggunaan Kamera DSLR Dalam Iklan Nova 3
- Lenovo Legion Y720 Dan Y520 Sudah Mendarat Di Malaysia
- Malaysia Perlu Waspada Teknologi 5G China - Daim
- Black Shark 2 Pro Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM2499
- HP Malaysia Perkenal 3 Model Komputer Riba, Harga Dari RM3799
- Vivo NEX Akan Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada 23 Julai
- Samsung Pay Berada Di Fasa Terakhir Untuk Dilaksanakan Di Malaysia
- Gambar Lebih Dekat Huawei Mate 30 Lite/Nova 5i Pro