Pertama kali memasuki Malaysia secara rasmi awal tahun ini, harga jualan yang diletakkan pada Huawei Nova 4 adalah RM1899 dimana bermula pada 27 Mei 2019, ia telah diturunkan kepada RM1699 dan memberikan penjimatan sebanyak RM200 kepada anda-anda yang berminat.
Singkap kembali spesifikasi yang diberikan pada peranti ini, ia dilengkapi skrin paparan 6.4 inci Punch FullView disertakan dengan rekaan "lubang" pada penjuru yang menempatkan kamera hadapan 25MP (f/2.0). Saiz lensanya juga adalah yang terkecil berbanding lensa lain iaitu 3.05mm, 20% lebih kecil dari lensa standard.
Model ini merupakan siri Nova pertama yang diperlengkapkan dengan tiga kamera belakang, gabungan lensa 20MP (f/1.8)+16MP (f/2.2)+2MP(f/2.4). Variasi 48MP+16MP+2mp tidak ditawarkan di Malaysia.
Kamera utama dijanjikan dengan keupayaan rakaman baik pada waktu kurang cahaya. Lensa 16 MP memberikan rakaman sudut lebar pada 117 darjah sudut pandangan.
Menguasakan bahagian dalaman peranti adalah cip pemprosesan Kirin 970 (4 x Cortex- A73 2.36GHz, 4 x Cortex-A53 1.8GHz) serta sistem memori RAM 8GB dan simpanan 128GB.
Menjalankan EMUI 9.0 berasaskan Android Pie 9 diiringi ciri GPU Turbo, ia akan dijana dengan bateri 3750mAh yang dicas melalui port USB-C dengan kuasa 18W.
Berkaitan
- Huawei WiFi AX3, Router Dengan Sokongan WiFi 6 Berharga RM299
- Malaysia Kini Fokus Untuk Melajukan Sambungan Internet
- Huawei, Xiaomi Dan OPPO Berminat Guna Sistem Pengecaman Wajah Untuk Telefon Keluaran 2018
- Meizu Lancar Pro 6 Plus Dan M5 Note Untuk Pasaran Tempatan, Harga Bermula Dari RM849
- Samsung Galaxy A54 Dan A34 Bakal Diperkenalkan Di Malaysia 24 Mac Ini
- Kelajuan Internet Jalur Lebar Tetap Malaysia Dikedudukan ke-26 Manakala Internet Mudah Alih Ditangga ke-76
- Sharp Aquos S2 Masuk Malaysia Pada Januari 2018, Berharga RM1299
- realme Malaysia Hadiahkan Telefon Kepada Adik Umar
- Instagram Dikatakan Sedang Menguji Susun Atur Foto Secara "4 Baris"
- Harga Jualan Huawei Mate 20 Dan 20 Pro Sudah Mula Tersebar