Huawei Nova 3i - Tak Perlu Belanja Besar Untuk Beli iPhone Bagi Dapatkan Kualiti Selfie Terbaik

Apabila tiba penghujung tahun, apa yang sering kita lakukan? Ya, pergi bercuti bersama orang tersayang. Tak kiralah keluarga ke, rakan-rakan ke mahupun secara berseorangan, waktu ini adalah saat yang paling sesuai untuk kita berehat sebentar dari segala tugasan yang menghantui kita selama ini.

Destinasi menarik dengan pemandangan indah dan cantik selalunya menjadi pilihan untuk bercuti. Namun, tiada gunanya jika kita tidak mengambil gambar sebagai kenang-kenangan ketika berada di sana.



Jadi, sudah semestinya kita mahukan gambar yang diambil kelihatan cantik dan sempurna bukan? Jangan risau, Huawei sedia membantu anda mendapatkannya.

Ramai di antara kita kini lebih gemar mengambil gambar secara swafoto atau selfie berbanding gaya tradisional. Dan tiada peranti lain yang lebih baik untuk melakukannya berbanding Huawei Nova 3i.



Kamera swafoto pada peranti ini hadir dengan tetapan dwi-lensa yang menggabungkan sensor 24MP dan 2MP serta disokong oleh teknologi AI.

Melaluinya, anda akan dapat menangkap gambar swafoto dengan fungsi bokeh pada kualiti yang lebih baik. Ini kerana kamera peranti ini akan mengambil dua gambar berbeza dalam satu klik, sebelum digabungkan menjadi satu swafoto yang sempurna.



Tambahan pula, dengan bantuan AI, ia mampu mengesan sebanyak lapan senario berbeza sepert suasana malam, pantai, salji, langit biru, bunga, tumbuhan, bilik dan dan persembahan pentas.

Ia akan mengubahsuai keadaan sekeliling bagi menonjolkan kecantikan anda dalam setiap swafoto yang diambil.

Bukan sahaja kamera hadapannya, kamera utamanya juga tidak kurang hebatnya. Berbekalkan gabungan lensa 16MP f/1.8 dan 24MP f/1.8, anda akan dapat menghasilkan gambar seakan profesional.



Tangkapan gambar nampak lebih terang dan jelas walau dalam apa jua keadaan. Kontra warna yang dihasilkan juga amat tajam. Malah, ia juga disokong fungsi AI, sama seperti kamera hadapannya.



Tak kira anda bercuti di Hawaii untuk melihat pantainya, Sapphoro untuk bermain salji mahupun ke Korea menonton konsert bintang K-Pop kegemaran anda, Nova 3i ini sedia menghasilkan imej yang cantik untuk anda.

Pendek kata, ia sesuai digunakan walau apa jua keadaan.

Tapi jangan salah sangka, Nova 3i ini bukanlah sekadar peranti yang menfokuskan kualiti kamera sahaja. Spesifikasi lainnya juga sangat menarik.

Dilengkapi dengan cip pemprosesan HiSilicon Kirin 710, 4GB RAM dan simpanan dalaman sehingga 128GB, memang tidak akan ada masalah untuk kegunaan harian yang lain.



Tambahan pula, peranti ini disokong oleh teknologi GPU Turbo. Teknologi ini menjanjikan prestasi yang lebih cemerlang di samping penggunaan bateri yang lebih jimat.

Melihat kepada kecanggihan teknologi yang ada pada peranti ini, pasti anda menjangkakan harga yang mahal, bukan? Jangan tertipu, ia kini hanya ditawarkan pada harga RM 1,099 sahaja.



Jadi, jangan tunggu lagi. Dapatkannya segera di pengedar sah Huawei berhampiran anda atau di gedung atas talian Huawei Store segera dan tangkaplah selfie dengan bergaya menggunakan Huawei Nova 3i milik anda.