Huawei Nova 3i Kini Sudah Boleh Nikmati Teknologi GPU Turbo

Mulai semalam(14 Ogos), pengguna peranti Huawei Nova 3i di negara ini sudah mula menerima kemaskini GPU Turbo untuk peranti mereka. Perkara ini diumumkan oleh pihak Huawei Malaysia melalui satu kiriman di Facebook rasmi mereka.

Seperti biasa, kemaskini GPU Turbo ini akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih pantas dan bateri yang lebih jimat. Lebih tepat lagi, Huawei mendakwa ia akan menawarkan peningkatan prestasi sehingga 60% dan penjimatan bateri sehingga 30%.



Huawei Nova 3i hadir dengan cip pemprosesan Kirin 710, 4GB RAM dan 128GB simpanan dalaman. Dengan sokongan GPU Turbo, pengguna akan dapat bermain permainan seperti PUBG Mobile dan Mobile Legends dengan prestasi dan kualiti permainan yang lebih baik.

Bagi anda yang memiliki peranti ini, anda boleh semak kemaskini perisian peranti melalui laman Tetapan dan mula memuat turun kemaskini untuk merasai pengalaman GPU Turbo itu sendiri.

 

Sumber