Huawei Nova 3i Akan Dapat Kemaskini EMUI 9.0 Bermula Esok

Memulakan ujian beta untuk pengguna Malaysia pada Disember tahun lalu, EMUI 9.0 untuk peranti Huawei Nova 3i kini sedang bersiap sedia untuk dilepaskan kepada pemilik peranti.

Menurut Huawei Malaysia, sistem antaramuka terbabit bakal ditawarkan bermula esok, 1 Mac 2019.

Kemaskini juga boleh didapati melalui aplikasi HiCare:

  • Muat turun/buka aplikasi Huawei HiCare

  • Log masuk dan tekan butang Update

  • Klik butang Apply untuk meminta kemaskini

  • Muat turun kemaskini dan pasang EMUI 9.0 pada telefon pintar anda.


Untuk maklumat lanjut ciri-ciri yang ditawarkan sistem ini, boleh layari laman Huawei.