Huawei Nova 3 Dibawa Masuk Ke Malaysia 11 Ogos Ini

Pertengahan Julai yang lalu, Huawei Malaysia telah mempertontonkan siri Nova baru untuk tahun ini iaitu Huawei Nova 3 dan Nova 3i.

Penjualan Nova 3i sudahpun bermula dan bakal menyusul menemui peminat adalah model "abangnya" Huawei Nova 3.



Penawaran Nova 3 bakal dibuat pada 11 Ogos depan. Menampilkan warna menarik dengan penggunaan dwi tona dibahagian belakang, skrin Nova 3 berukuran 6.3 inci, dipacu dengan cip Kirin 970.

Ini merupakan kali pertama Huawei melengkapkan siri Nova dengan cip berstatus flagship.

Sistem memori menggunakan RAM 6GB dan storan seluas 128GB dengan. Menguatkan lagi peranti ini adalah tetapan dwi kamera di depan dan belakang. Dwi kamera belakang adalah 16MP dan 24MP sementara dwi kamera swafoto adalah lensa 24MP dan 2MP.

Didagangkan pada harga RM1899, bagi anda yang berminat boleh ikuti ulasan kami disini "Huawei Nova 3 - Peranti Zuhud Yang Mengikut Resmi Padi".

Atau tonton video bedah siasat dibawah:

https://www.youtube.com/watch?v=MKIzNnixxRA

https://www.youtube.com/watch?v=-I8AWRdzaYI