Huawei Nova 3 dan Nova 3i Turun Harga, Kini Boleh Didapati Dari Harga RM 1,099

Seperti kebiasaan, apabila sesebuah jenama pengeluar telefon pintar memperkenalkan model baharu,  pasti ada model terdahulu yang akan diturunkan harga. Ia turut berlaku pada Huawei.

Selepas melancarkan siri Mate 20 pada beberapa minggu lalu, Huawei hari ini mengumumkan tawaran harga baharu bagi model Nova 3 dan Nova 3i. Dijual pada harga RM 1,919(Nova 3) dan RM 1,299(Nova 3i), ia ditawarkan masing-masing pada harga RM 1,699 dan RM 1,099. 

Kapsyen: Kredit: Huawei


Walaupun kedua-duanya diletakkan di bawah kelas pertengahan, Huawei telah mengetengahkan kualiti kepadanya terutama pada bahagian kamera. Nova 3 dan Nova 3i dilengkapi dengan dwi-kamera swafoto 24MP+2MP selain dikuasakan bersama teknologi AI.

Selain itu, Huawei turut menyediakan pilihan warna dan reka bentuk yang menarik pada dua model ini. Dengan harga baharu ini, anda boleh dapatkan peranti dengan kualiti dan binaan premium pada harga pertengahan.

Mereka yang berminat boleh mendapatkannya di kedai atas talian Huawei, Lazada dan pengedar-pengedar sah Huawei yang lain. Untuk maklumat lanjut, pastikan anda terus mengikuti laman Facebook rasmi dan sesawang rasmi Huawei Malaysia.

 

Sumber: Huawei Malaysia