Huawei Nova 3 Dah Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1899

Minggu lalu, Huawei Malaysia ada mengumumkan kehadiran Nova 3 kedalam pasaran tempatan lebih awal dari yang dirancangkan.

Tampil menarik dengan rekaan warna dwi-tona, peranti ini sudah mula dijual sejak semalam dengan pelancarannya diadakan di Pavillion. Tidak ketinggalan juga adalah, Nova 3 berwarna merah yang dijual sebagai edisi terhad.



 



Antara spesifikasi yang anda boleh miliki melalui Huawei Nova 3:

  • Skrin IPS LCD 6.3 inci

  • RAM 6GB

  • Storan dalaman 128GB

  • Dwi kamera utama 16MP + 24MP

  • Dwi kamera swafoto 24MP + 2MP

  • EMUI 8.2 berasaskan Android Oreo 8.1

  • Huawei Super Charge (60% dalam masa 30 minit)


Anda boleh dapatkannya disemua pengedar sah Huawei ataupun membeli secara atas talian pada harga RM1899.

Bagi bacaan berkenaan ulasan lanjut boleh: Huawei Nova 3 – Peranti Zuhud Yang Mengikut Resmi Padi

atau tonton video dibawah.

https://www.youtube.com/watch?v=MKIzNnixxRA

https://www.youtube.com/watch?v=-I8AWRdzaYI