Huawei Nova 2i Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia

Pertama kali diperkenalkan di China pada 22 September lepas menggunakan nama Huawei Maimang 6, peranti tersebut kini sudah rasmi memasuki pasaran tempatan.

Bakal didagangkan di Malaysia dengan nama Huawei Nova 2i, ia merupakan sebuah telefon pintar yang mempunyai 4 kamera iaitu dwi kamera utama pada bahagian belakang, dan dwi kamera selfie.





Hadir dengan skrin paparan 5.9 inci dengan resolusi 2160 x 1080p beserta nisbah paparan 18:9 yang semakin popular dalam kalangan pengeluar telefon pintar. Bagi sistem kamera, Nova 2i menggunapakai lensa 16MP bersama-sama lensa 2MP pada bahagian belakang. Kamera selfie pula akan mengenakan lensa 12MP digandingkan dengan lensa 2MP.

Spesifikasi lain yang ditawarkan pada telefon ini antaranya, RAM 4GB, cip pemroses HiSilicon Kirin 659, storan dalaman 64GB , bateri berkapasiti 3340mAh dan antaramukan EMUI 5.1 yang berasaskan Android Nougat 7.0.

Huawei Nova 2i akan mula dijual pada 13 Oktober hadapan pada harga RM 1299, dengan tiga variasi warna, Aurora Blue, Graphite Black, dan Prestige Gold.

Sumber: Lowyat.net

Foto kredit: Lowyat.net