Huawei Nova 2i Diperkuatkan Dengan Fungsi AR Lens Dan Face Unlock

Huawei Malaysia semalam telah mengumumkan siri video terbaru yang berjudul 'Sheldon 告诉您’ (Sheldon Tells You)'. Video berdurasi hampir 8 minit itu menampilkan duta rasmi Nova 2i, Hannah Delisha dan merupakan video sekuel kepada video 'Sheldon Tells You'.

Video tersebut juga menerangkan fungsi terbaru yang dikemaskini kepada peranti telefon pintar Nova 2i iaitu AR Lens dan 2D Face Unlock.  



AR Lens



Fungsi AR Lens membolehkan pengguna memanfaatkan teknologi Augmented Reality dan mengaplikasikan teknologi tersebut ke dalam gambar yang diambil mereka. Fungsi ini boleh digunakan untuk kamera hadapan dan juga kamera belakang. Pengguna boleh memilih beberapa pilihan sticker termasuk gambar latar belakang yang boleh diubah menggunakan gambar peribadi mereka sendiri.

2D Face Unlock



Seperti namanya, pengguna kini boleh menyahkunci peranti mereka menggunakan wajah mereka sendiri. Fungsi ini menjadi ikutan kepada pengeluar-pengeluar peranti telefon pintar terkemuka seperti Apple, Samsung untuk tahun 2018 dan Huawei juga tidak ketinggalan memasukkan fungsi ini untuk Nova 2i.

Untuk mendapatkan fungsi ini untuk pengguna Huawei Nova 2i sedia ada, pengguna perlu mengemaskini peranti mereka kepada versi EMUI yang terbaru. Caranya adalah:

  1. Pergi ke settings

  2. Pilih system update

  3. Pilih check for update

  4. Kemudian tekan quick update (EMUI versi 141 adalah yang terbaru)


Kemaskini terbaru juga mengemaskini patch keselamatan Google peranti ke versi terbaru bagi menjamin keselamatan peranti daripada diceroboh.



Lagi satu, wiser.my akan mengadakan pertandingan 'selfie' terbaik pada malam selasa 20hb Februari tepat pada pukul 8pm. Jangan lepaskan peluang ini, anda mungkin berpeluang untuk memenangi Huawei Nova 2i. Jangan lupa ya.

Anda boleh lihat video ulasan kami di SINI atau boleh lawati laman Facebook Huawei Malaysia.