Huawei Nova 2 Lite, Peranti Untuk Penggemar Media Sosial

Huawei Malaysia harini melancarkan peranti kelas pertengahan mereka, Nova 2 Lite yang direka untuk mereka yang selalu menggunakan media sosial. Dengan kejayaan peranti Nova 2i mereka yang lepas, Huawei cuba memperhalusi permintaan peminat mereka dan menawarkannya di dalam Nova 2 Lite.

Kapsyen: Dua pilihan warna: Biru dan Hitam


Ciri-ciri Utama

  • Huawei Full View Display


Nova 2 Lite menampilkan skrin paparan berukuran 5.99-inci dengan nisbah 18:9 bersama-sama Teknologi Huawei FullView Display yang memberikan pengalaman berbeza kepada pengguna. Rangka peranti juga diperbuat menggunakan panel kaca 2.5D memudahkan pengangan tangan terhadap peranti.



  • Fotografi Pintar


Huawei Nova 2 Lite menetapkan fungsi dwi-kamera sebagai sistem kamera utama (13MP+2MP). Tetapan dwi-kamera ini membolehkan pengguna menggunakan efek bokeh dan mengubah fokus di dalam gambar walaupun selepas gambar diambil.

Kamera hadapan pula menampilkan lensa 8MP dan menggunakan lampu flash yang memberikan cahaya lembut semasa dalam keadaan kurang cahaya. Fungsi ini diberi nama Smart Selfie Toning Flash yang akan mengesan cahaya di wajah subjek seterusnya melaraskannya agar hasil gambar kelihatan semulajadi.

Peranti Nova 2 Lite ini juga menggunakan sistem nyahkunci melalui pengecaman wajah selain pengimbas cap jari yang terdapat di belakang peranti. Fungsi AR juga boleh didapati untuk kamera hadapan dan pengguna boleh mengubah gambar latar belakang mereka sama seperti apa yang terdapat di dalam Huawei Nova 2i.



  • 3 Slot Kad Untuk Kad Sim Dan Memori


Peranti ini dilengkapi ruang memori RAM sebanyak 3GB bersama-sama ruang ROM sebesar 32GB. Nova 2 Lite juga menawarkan sehingga 3 slot (2 kad sim nano + 1 kad memori) kad bagi memudahkan pengguna di masa hadapan. Kad memori yang disokong adalah sehingga 256GB.





  • WiFi Bridge


Huawei juga berkongsi satu lagi fungsi yang terdapat di dalam Nova 2 Lite: WiFi Bridge. Fungsi ini membolehkan isyarat WiFi diperkuatkan lagi untuk kegunaan orang lain. Sebagai contoh, jika isyarat WiFi di dalam rumah agak lembah, Nova 2 Lite boleh menguatkan lagi isyarat WiFi di dalam rumah jika diletakkan di kedudukan yang sesuai.



Spesifikasi:

  • Cip 8 teras Qualcomm Snapdragon MSM8937 (430)

  • EMUI 8.0 (Android 8.0 Oreo)

  • Bateri 3,000 mAh


Nova 2 Lite akan mula dijual bermula pada 23 Mac 2018 pada harga serendah RM 799.00. Huawei juga akan memberikan beg perjalanan Huawei secara percuma dengan setiap pembelian Nova 2 Lite sehingga stok masih ada.