Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei leica

Huawei Nafi Laporan Bahawa Mereka Tidak Lagi Bekerjasama Dengan Leica

Diterbitkan November 19, 2020 oleh Meor Hasyim

Huawei meraih populariti dengan kepakaran penghasilan kamera dalam telefon pintar sejak dari model Huawei P9 dengan kolaborasi bersama Leica.

Sehingga hari ini, mereka tetap terus menawarkan pelbagai telefon mercu dengan jenama Leica terutamanya untuk siri P dan Mate.

Baru-baru ini, terdapat laporan bahawa kerjasama antara Huawei dengan Leica telah ditamatkan. Pihak Huawei kini telah menafikan laporan tersebut dan menyatakannya sebagai berita palsu.

Pihak Leica pula turut mengatakan mereka tiada maklumat jika kerjasama mereka sudah ditamatkan. Melalui telefon mercu mereka yang terbaharu iaitu siri Mate 40 Pro, Huawei masih lagi menggunakan kerjasama Leica.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY