Huawei Nafi Cuba Curi Teknologi Syarikat Semikonduktor Baru Amerika

Pertelingkahan syarikat teknologi gergasi China dengan Amerika nampaknya telah memasuki episod baru. Kali ini, Huawei telah dituduh cuba mencuri teknologi sebuah syarikat permulaan dari Amerika yang disokong oleh Microsoft dan Dell Inc.

CNEX Labs Inc, syarikat semikonduktor yang berpangkalan di California telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Huawei dengan membawa perkara ini ke Mahkamah Persekutuan. Huawei melalui peguamnya telah mengambil keputusan untuk mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaanYiren “Ronnie” Huang, pengasas bersama syarikat tersebut merupakan salah seorang yang terlibat dalam mendakwa Huawei. Menariknya, Huang merupakan bekas pekerja Huawei di Futurewei, salah satu unit Huawei di yang berpangkalan di Texas.

Sebelum ini, Huawei dan beberapa syarikat China lain termasuk ZTE telah didakwa sebagai ancaman keselamatan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Dengan berita ini, nampaknya konflik perang perdagangan ini belum lagi mahu berakhir.

 

Sumber: MarketWatch

Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408