Namun sebenarnya, Huawei juga sentiasa mempunyai teknologi kamera yang baik dalam barisan peranti andalan mereka.

Menurut laporan Antutu, Huawei mungkin akan membawa masuk pasaran telefon dengan lensa cecair dimana ia akan memberikan pemfokusan imej lebih pantas.
Dikatakan pemfokusan ini akan menyamai mata manusia apabila melihat atau memfokus sesuatu objek malah Huawei telah mempatenkan beberapa rekaannya sebelum ini.

Anda mungkin tidak pernah dengar lensa cecair (liquid lens), sebenarnya lengkungan ideal cermin adalah parabola dan kelengkungan yang berbeza mempunyai jarak fokus yang tidak sama.
Lensa zoom tradisional dicapai dengan menyesuaikan jarak antara dua lensa dengan panjang fokus tetap untuk mencapai zoom.

Terdapat beberapa lensa cecair dan salah satu yang digunakan dalam telefon adalah lensa cecair dielektrik yang menggunakan cecair untuk memusatkan cahaya, mengubah bentuk cecair melalui voltan yang berbeza untuk mengendalikan imej.
Penyelesaian yang dilakukan Huawei boleh digunakan untuk menggerakkan motor lensa dalam memenuhi keperluan prestasi auto-fokus dan penstabilan optik.
Ia turut meningkatkan kebolehpercayaan motor dalam keadaan yang tidak normal seperti hentaman dan penurunan.

Tambahan lagi, blogger Weibo menyatakan Sony sedang menguji sensor IMX782. Lensa cecair ini akan dilancarkan secara komersial tahun hadapan.
Dengan ini, Huawei akan menguatkan lagi barisan telefonnya dengan ciri fotografi setelah menggunakan lensa ini dimana di senarai DXOMARK, Huawei masih mengungguli skor kamera.
Sumber: antutu, weibo
Berkaitan
- Pra-Tempah Huawei nova 9 Kini Bermula, Ini Harga Rasminya Di Malaysia
- Huawei nova 8 Akan Tiba Buat Pasaran Tempatan Jumaat Depan
- Apple Pertimbangkan Teknologi Lensa Periskop Untuk Tingkatkan Keupayaan Zoom Optikal iPhone
- Ini Merupakan Peranti Huawei (Cip) Yang Akan Menerima HarmonyOS
- Huawei Dijangka Perkenal Cip Kirin 9000L, Guna Teknologi Samsung
- Huawei Freelace Pro Dijual Di Malaysia Pada Harga RM 399
- Cari TWS Dengan Ciri ANC? Miliki Huawei FreeBuds 4i Serendah RM319
- Pembekal Teknologi Lensa iPhone Guna Buruh Uighur Secara Paksa
- Huawei Bawa Masuk Dua Jam Tangan Pintar Dengan HarmonyOS Dan 'Lipstick'
- EZVIZ C3X, Kamera Keselamatan Dwi-Lensa Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM539