Perkembangan terbaru mengenai Huawei, syarikat itu dilaporkan sekali lagi membuat permohonan tanda dagang kepada Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah. Kali ini ia adalah membabitkan nama Harmony yang dipercayai tanda dagang untuk sistem operasi bagi peranti mudah alih serta komputer. Permohonan itu dibuat pada Jumaat minggu lalu.
Terdahulu, gergasi teknologi China itu telah dikhabarkan memfailkan tanda dagang HongMeng OS dalam negara sementara tanda dagang "Ark OS" pula didaftarkan di Eropah.
Ini memberi kemungkinan nama Harmony serta Ark OS akan digunapakai Huawei untuk sistem operasinya pada pasaran Global. Walaupun sebelum ini Donald Trump telah memberikan kebenaran kepada syarikat A.S untuk kembali berurusan dengan Huawei, namun syarikat berpengkalan Shenzen itu masih lagi disenarai hitam.
Sumber: LetsGoDigital
Berkaitan
- Xiaomi Mi Note 10 Bakal Dilancarkan Di Malaysia 3 Disember Ini
- Peranti Android Go Akan Dapat Ciri Mod Malam Dan HDR
- CES 2017: Sony XPeria Projector | Sentuh Android Diatas Apa Jua Permukaan
- Realme 5 Dengan 4 Kamera Dijadualkan Pelancarannya 20 Ogos
- Google Allo Lancar Pada Khamis Ini.
- Huawei Secara Rasmi Umum Sistem Operasi Harmony OS
- Arctic Mode Akan Ditawarkan Pada PUBG Mobile Bermula 16 April
- DJI Spark Mungkin Hadir Di Malaysia Bulan Hadapan - Dron Yang Dikawal Menggunakan Isyarat Tangan
- Android P Dilapor Akan Hadir Dengan Sokongan Untuk Paparan Skrin Takuk
- Kerajaan Sasarkan 5G Lebih Murah Dari 4G