Huawei Memberi Sokongan Dan Galakkan Kepada Pemaju Permainan Mudah Alih Di Huawei AppGallery Mereka

HUAWEI Mobile Services (HMS) mengadakan satu majlis buat pemaju dan para pemain permainan mudah alih di Pameran Permainan Tokyo 2019 (TGS 2019).

Pada majlis itu, HMS telah memperkenalkan HUAWEI AppGallery sebagai alternatif pasaran aplikasi mudah alih yang membolehkan aplikasi dapat mudah ditemui dalam pasaran aplikasi. Syarikat itu juga akan menyediakan perunding untuk membantu pemaju permainan mudah alih yang ingin mengembangkan perniagaan mereka di dalam dan di luar negara.

Lebih Banyak Pemain Dengan Telefon Pintar Yang Berprestasi Tinggi

Dengan perkembangan telefon pintar Huawei yang berprestasi tinggi di seluruh dunia, HMS mula berkembang dengan begitu pantas. Pada separuh pertama tahun 2019, HUAWEI telah mengeluarkan sebanyak 118 juta telefon pintar dan menjadi pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia.

Huawei AppGallery juga telah dimuatkan pada telefon pintar HUAWEI sejak pelancaran siri HUAWEI P20 tahun lepas lagi.

Pengalaman Kelancaran Permainan Mudah Alih Dengan Penggunaan Teknologi

Peranti HUAWEI disokong oleh cip pemprosesan Kirin 980 ciptaan sendiri, dan ia merupakan 7nm Mobile AI Chipset pertama di dunia ditambah dengan keupayaan GPU Turbo 3.0, menjadikan para pemain mudah alih dapat menikmati penggunaan tenaga yang rendah, respon sentuhan yang lebih baik, mengurangkan berlakunya “frame drops” dan meningkatkan prestasi permainan.



Selain itu, HMS baru-baru ini telah membuka 51 perkhidmatan terbuka kepada pemaju di seluruh dunia dengan harapan untuk membina ekosistem pintar yang merentasi sempadan. Setakat ini, terdapat lebih daripada 910,000 pemaju telah mendaftar di HMS. HMS juga telah menawarkan permainan SDK kepada para pemain mudah alih dan 'Wrapper' untuk pemaju permainan.

Sumber dan bantuan terbuka dari pasukan kejuruteraan HUAWEI akan memudahkan proses pembangunan dan integrasi untuk memastikan keberkesanan kos dan masa yang lebih cepat untuk dipasarkan.

Penyelesaian Pemasaran Holistik untuk Memadankan Setiap Keperluan Pemaju

HMS juga menyediakan peluang promosi dan pemasaran bersama untuk pemaju permainan mudah alih dalam membantu meningkatkan promosi dan juga cara memuat turun permainan mudah alih yang mereka cipta.

Dalam AppGallery, permainan mudah alih boleh dipaparkan di bahagian "Aplikasi yang Disyorkan", dan pelbagai lagi. Jika pemaju mempunyai sasaran pasaran tertentu, mereka boleh memanfaatkan perkhidmatan pre-download untuk permainan mudah alih mereka pada telefon pintar HUAWEI di negara-negara yang terpilih.

HMS juga akan membantu pemaju memasarkan produk mereka pada pelancaran peranti dan acara industri tempatan seperti TGS.

Memperkasakan Inovasi Melalui Program “Shining-Star”

HUAWEI telah mengumumkan program baru yang dikenali sebagai "Shining-Star Program 2.0" pada Persidangan Pemaju HUAWEI bulan lepas.

Dalam program terbaru itu, HUAWEI dijangka akan melabur sebanyak 1 bilion USD sebagai insentif untuk menyokong pemaju global dalam inovasi digital. Pemaju yang layak untuk program diberi keutamaan untuk mengakses keupayaan terbuka HUAWEI untuk mempromosikan perkhidmatan mereka dalam segmen pemasaran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/.