Huawei Mengumumkan 2 Juta Unit Telefon Pintar Nova 5 Telah Terjual

Jumlah tersebut berjaya dicapai hanya dalam tempoh sebulan sahaja.


Huawei mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menjual lebih daripada 2 juta unit telefon pintar Nova 5 dalam tempoh sebulan sahaja. Malah jumlah itu juga adalah unit yang terjual di dalam pasaran China sahaja.

Kapsyen: Huawei berbangga dengan pencapaian ini.


Jumlah tersebut adalah termasuk 3 model telefon pintar Nova 5 iaitu Nova 5, Nova 5i dan Nova 5 Pro. Huawei memperkenalkan barisan telefon pintar kategori pertengahan ini pada 21 Jun lalu.

Tidak cukup dengan 3 model itu, Huawei bagi menambahkan lagi pilihan kepada para peminat telefon pintar dengan perkenalkan pula Nova 5i Pro pada minggu lalu bagi keluarga Nova.

Kapsyen: Keluarga Huawei Nova 5.


Buat masa ini, belum ada sebarang makluman rasmi dari Huawei Malaysia bilakah mereka akan membawa masuk telefon pintar kegemaran ramai ini kepada para peminatnya di Malaysia.

Tetapi dijangkakan Nova 5 akan memasuki pasaran Malaysia pada tahun ini juga tidak lama lagi.

Sumber: Playfuldroid