Huawei Mate X hanya dijual untuk pasaran China sahaja ketika ini.
Berdasarkan kepada laporan oleh laman Android Central, Huawei mendakwa mereka telah berjaya menjual sebanyak 100,000 unit Huawei Mate X setiap bulan sejak mula dipasarkan pada pertengahan November 2019 lalu.
Mate X adalah model telefon pintar boleh lipat pertama dari Huawei yang hanya dijual untuk pasaran China sahaja ketika ini.
Bermakna setakat ini, Huawei telah berjaya menjual sekitar 200,000 unit Mate X sejak ia dilancarkan.
Sementara pesaing telefon pintar boleh lipat Huawei iaitu Galaxy Fold dari Samsung pula didakwa telah berjaya dijual sekitar 400 hingga 500 ribu unit sejak ia dipasarkan untuk pasaran Korea pada September lalu.
Huawei dan Samsung masing-masing telah pun mengumumkan model terbaru telefon pintar lipat mereka secara tertutup dan terbuka kepada umum sebelum ini.
Huawei dijangka akan perkenalkan generasi kedua Mate X yang akan dikenali sebagai Huawei Mate Xs di MWC 2020 bulan hadapan.
Manakala Samsung juga yang akan turut sama hadir dengan generasi kedua Galaxy Fold pada tahun ini dijangka akan menamakan nama baru pada peranti tersebut iaitu Samsung Galaxy Bloom.
Berkaitan
- HarmonyOS Sudah Dipasang Di Lebih Daripada 10 Juta Peranti Huawei
- Samsung Boleh Mematikan Sebarang Televisyen Pintar Keluarannya Secara Kawalan Jauh Di Seluruh Dunia
- Harmony OS Akan Menjadi Sistem Operasi Kelima Terbesar Di Dunia Pada 2020 - Huawei
- Ini Senarai 37 Peranti Pintar Xiaomi Yang Sudah Menerima MIUI 12.5 Setakat Ini
- Jualan iPhone XR Menewaskan Oppo, Samsung, Xiaomi Dan Huawei
- CEO Samsung Electronics Berasa Malu Dengan Isu Galaxy Fold
- Buang Segera 3 'Extension' Chrome Popular ni, Diguna Untuk Penggodaman Dan Curi Data
- Jom "Raya Bergaya Bersama Huawei" Dan Rebut Promosi Bernilai Sehingga RM2,000
- GoPro Perkenalkan Model Terbaru Kamera Aksi HERO8 Black Dan GoPro MAX
- SpaceX Mahu Tawar Teknologi Starlink Untuk Tentera Dan Kerajaan Pula