Huawei Mendakwa Mereka Mempertimbangkan Rekaan Takuk Sebelum iPhone X

Dalam satu temubual bersama Ketua Bahagian Mobile, Li Changzu, mereka mendakwa mereka telah mempertimbangkan idea mengenai rekaan takuk untuk telefon pintar mereka 3 hingga 4 tahun lalu. Perkara ini dilaporkan oleh Forbes semasa Kemuncak Analisa Huawei di Shenzhen.



Walau bagaimanapun, idea tersebut tidak diteruskan kerana menyangka pengguna mungkin tidak akan menyukainya.  Li menambah lagi yang pengguna di China lebih meminati rekaan simetri dan takuk dilihat sebagai tidak sempurna di dalam budaya China.

Li memberi pujian kepada Apple Inc. kerana berani menggunakan rekaan takuk untuk iPhone X kerana keputusan tersebut kini diikuti oleh hampir semua pembuat telefon pintar dari Barat dan juga Timur.

Dan disebabkan itu, Huawei kini mahu mencuba perkara baru dan tidak bersifat konservatif. Hasilnya, tetapan tiga kamera sebagai sistem kamera utama dan warna perani seperti Twillight yang dilihat memberi pulangan yang baik kepada mereka.

Sumber