Huawei Memberi Perkhabaran MateBook Terbaru Untuk Pasaran Malaysia

Huawei memperkenalkan siri MateBook mereka seawal MWC 2016 yang menampilkan tablet 2 dalam 1 yang mengoperasikan Windows 10. Pada MWC tahun ini, Huawei memperbaharui siri MateBook mereka dengan MateBook X Pro yang ditujukan khas kepada peminat komputer riba seperti MacBook Pro dan juga ZenBook Pro.

Huawei menngkhabarkan yang peranti MateBook terbaru akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, kemungkinan besar adalah peranti MateBook X Pro.



MateBook X Pro menampilkan skrin paparan boleh sentuh LTPS dengan resolusi 3000 x 2000, cip Intel® Core™ i78550U dan kad grafik NVIDIA MX150. Tiada sebarang harga disebut pada ketika ini untuk MateBook X Pro di Malaysia namun peminat boleh menjangkakan harga bermula dari RM 5,000 mengikut spesifikasi.