Huawei MediaPad M5 & M5 Pro - Bukti Kepercayaan Huawei Kepada Model Tablet

https://youtu.be/No2KaVXeAVM

Tablet suatu ketika dulu pernah dianggap sebagai satu teknologi baru yang akan menggabungkan fungsi komputer dan telefon pintar dalam satu peranti yang sama. Namun sehingga kini, tiada tablet yang benar-benar mampu untuk mencapai tahap tersebut.

Hakikat tersebut menyebabkan beberapa jenama besar mula mengurangkan perhatian mereka terhadap barisan peranti ini. Walaupun tetap menghasilkan tablet, para pembangun tidak memberi keutamaan kepadanya berbanding barisan peranti lain seperti telefon pintar.

Namun tidak bagi Huawei. Mereka masih memberi kepercayaan pada tablet untuk terus berusaha mendapat tempat dalam hati pengguna peranti pintar seluruh dunia.

Ia dibuktikan apabila mereka memperkenalkan tiga edisi tablet, di mana dua MediaPad M5 masing-masing dengan skrin 8.4-inci dan 10.8-inci serta MediaPad M5 Pro yang hadir dengan stylus.