Huawei MediaPad M5 Lite Boleh Di Pra-Tempah Pada 29 Ogos Dengan Harga RM1299

Selain memperkenalkan Huawei Nova 5T, Huawei turut sama mengumumkan tablet baru mereka, Huawei MediaPad M5 Lite.



Tablet ini didatangkan dengan paparan IPS bersaiz 10.1 inci yang menyokong resolusi 1920 x 1200. Disebelah dalam, ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659 dan untuk pasaran dalam negara, ia hanya ditawarkan dengan variasi RAM 3GB serta 32GB memori dalaman sahaja. Kedua-dua rakaman foto depan dan belakang menggunakan lensa 8MP.



Sistem audio MediaPad M5 Lite merupakan hasil kerjasama antara pengeluar dan Harmon Kardon dimana empat pembesar suara yang berada disisi menjanjikan kesan bunyi dan bass yang lebih baik. Selain itu, ia turut menyokong input dari stylus menerusi Huawei M-Pen Lite Stylus.



Dari segi janaan kuasa pula, Huawei membekalkan bateri berkapasiti 7500mAh daya isian sokongan pengecasan pantas Huawei QuickCharge. MediaPad M5 Lite boleh mula dibeli secara pra-tempah pada 29 Ogos 2019 dan ia dijual pada harga RM1299. Pra-tempah tablet ini turut menyediakan aksesori secara percuma bernilai RM268 (pembesar suara mini+ Huawei M Pen).