Huawei MediaPad M5 Dan M5 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Malaysia

Menghampiri 4 bulan usianya, Huawei MediaPad M5 dan juga Huawei MediaPad M5 Pro sudah dibawa masuk ke pasaran Malaysia hari ini.

Acara pelancaran diadakan di Caffeinees, Kampung Pandan dan berikut merupakan spesifikasi yang  ditampilkan kedua-dua model yang disebut sebagai tablet gaming.



Dari segi rekaan, M5 didatangkan dengan layar paparan bersaiz 8.4 inci beresolusi 2560 x 1600p dan berukuran 212.6mm x 124.8mm x 7.3mm.





Sementara itu, M5 Pro pula mengetengahkan saiz yang lebih besar sedikit, dengan skrin paparan 10.8 inci (2560 x1600p) serta berukuran 258.7mm x 171.8mm x 7.3mm. Versi Pro turut disertakan dengan Huawei M-Pen, memudahkan pengguna untuk menulis serta melukis pada peranti. Selain itu, M5 Pro boleh diubah menjadi mod komputer dengan adanya papan kekunci.

Bagi fungsi stereo, M5 dilengkapi dengan dwi speaker dari Harmon Kardon manakala M5 Pro pula dihuni dengan quad speaker, juga dari Harmon Kardon.

Bakal diperkasakan dengan cip pemprosesan 8 teras Kirin 960, M5 dan M5 Pro akan menjalankan sistem operasi Androi 8.0 diserikan lagi pula bersama antaramuka EMUI 8.0.

Dibahagian memori, keduanya berkongsi spesifikasi yang sama iaitu RAM 4GB, dan storan dalaman 64GB yang boleh ditingkatkan lagi melalui slot kad MikroSD sehingga 256GB.

Menggunapakai lensa 13MP sebagai kamera utama dan bahagian hadapan diletakkan kamera 8MP untuk swafoto. Mempunyai saiz yang besar, sudah pastinya ia akan dijana dengan bateri berkapasiti 5100 mAh (M5) dan 7500 mAh (M5 Pro) melalui port pengecasan USB Type-C.



Tanda harga yang ditetapkan untuk Huawei MediaPad M5 adalah RM1499 manakala Huawei MediaPad M5 Pro pula didagangkan pada harga RM1899.

Bersama-sama dengan pembelian dua peranti ini, anda boleh menikmati akses Viu secara percuma selama 6 bulan.