Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MKT_Wagner_CMF Still_DarkGrey_PSD_RGB_Horizontal_20210318

Huawei MatePad Pro Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM3999

Diterbitkan Jun 10, 2021 oleh Helmi Samsuri

Mengemaskini penawaran tablet sedia ada, Huawei Malaysia kini tampil memperkenalkan Huawei MatePad Pro untuk pasaran tempatan.

Berbeza dengan model-model terdahulu, tawaran kali ini dibuat dengan sistem operasi HarmonyOS.

Huawei MatePad Pro Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM3999

Huawei MatePad Pro didatangkan dengan skrin paparan 12.6 inci dari jenis OLED bersama resolusi 2560 x 1600 piksel. Paparan ini turut menyokong penggunaan stylus.

Huawei MatePad Pro Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM3999

Dalamannya pula dilengkapkan dengan cip pemprosesan Kirin 9000E dituruti gandingan memori RAM 8GB serta storan 256GB. Ia juga dibekalkan dengan bateri berkapasiti 10,050mAh yang dicas melalui port USB-C.

Sementara itu, tugasan rakaman pula akan digalas oleh dwi kamera belakang terdiri daripada lensa 13MP dan lensa sudut lebar 8MP. Bahagian hadapan pula menggunakan lensa 8MP. Kedua-dua lensa belakang menyokong rakaman 4K tetapi kamera hadapan hanya terhad kepada 1080p sahaja.

Antara ciri lain yang boleh didapati pada Huawei MatePad Pro terbaharu ini adalah 8 pembesar suara dan 4 mikrofon yang menyokong tetapan Harmon Kardon dan Huawei Histen 7.0.

Huawei MatePad Pro Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM3999

Pra-tempahan untuk tablet ini sudahpun dibuka bermula hari ini dan bakal tamat pada 17 Jun 2021. Ia dijual pada tanda harga RM3999 dan bagi pembelian secara pra-tempah, pembeli layak menerima hadiah sampingan bernilai RM1747.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY